Tips Mengurangkan Alahan Semasa Mengandung

Tips mengurangkan alahan semasa mengandung untuk para ibu yang selalu mengalami alahan yang teruk. Alahan semasa mengandung kebiasaannya berlaku pada trimester pertama sahaja , namun ada juga ibu mengandung yang mengalaminya sehingga ke akhir trimester.

 

tips mengurangkan alahan semasa mengandung

 

Alahan semasa mengandung akan membuatkan ibu berasa kurang selesa dengan diri sendiri. Namun, alahan semasa mengandung merupakan satu petanda yang positif yang menunjukkan bahawa anda sedang mengandung!

Apa Itu Alahan Semasa Mengandung

.

Alahan semasa mengandung merupakan masalah paling biasa yang berlaku di awal kehamilan. Tetapi betapa teruknya alahan tersebut adalah berbeza bagi setiap wanita.

 

tips mengurangkan alahan semasa mengandung (1)

 

3 Jenis Alahan Semasa Mengandung

1. Alahan ringan

Anda mungkin mendapat alahan mual ringan dari semasa ke semasa seiring tumbesaran janin.Anda akan mendapati bahawa bau yang kuat seperti minyak wangi , sabun basuh pinggan dan sabun mandi, bau badan suami mencetuskan rasa mual sepanjang hari. Anda juga turut berasa loya sepanjang hari tak kira masa siang mahu pun malam dan terpaksa menahan untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan.

 

2. Alahan awal pagi

Alahan di awal pagi mungkin lebih teruk pada waktu pagi tetapi ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang hari atau malam. Alahan semasa mengandung ini boleh membuatkan kehidupan anda menjadi huru hara sekejap menyebabkan anda tidak mampu untuk bekerja , menjaga anak kecil, memasak dan menguruskan rumah.

 

3. Alahan teruk

Alahan teruk yang di panggil hiperemesis gravidarum bermaksud muntah berlebihan semasa mengandung. Sekiranya anda mengalami muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan mahupun minum tanpa muntah, dan berat badan anda menurun secara mendadak, kemungkinan anda mengalami hiperemesis. Segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan kerana alahan ini boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi.

 

Bukan semua wanita di dunia ini mengalami alahan semasa mengandung. Jadi, bersyukurlah dan nikmatilah saat-saat anda mengalami alahan semasa mengandung.

 

Alahan Semasa Mengandung Anak Lelaki

 

tips mengurangkan alahan semasa mengandung (2)

 

Antara alahan semasa mengandung anak lelaki ialah :

  1. Ibu yang sedang mengandung mengalami degupan jantung kurang dari 140 beat/minit
  2. Bahagian perut ibu mengandung akan lebih menonjol ke depan atau tajam ke depan.
  3. Perut ibu hamil pada bahagian bawah akan kelihatan membesar
  4. Kulit ibu akan sedikit gelap, kusam, malah ada juga yang ditumbuhi jerawat-jerawat kecil.Tapi ia akan hilang selepas bersalin. Jangan risau
  5. Tidak mengalami morning sickness, tapu mungkin ada cuma tidak teruk
  6. Ibu lebih menggemari makanan masin dan protein seperti keju dan daging.
  7. Kulit ibu akan kelihatan kering
  8. Wajah lebih berseri-seri
  9. Rambut lebih lebat dan berkilat sepanjang kehamilan
  10. Garisan hitam pada perut ibu dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
  11. Payudara kanan lebih besar dari kiri
  12. Bayi lebih suka bergerak ke arah kanan dalam perut ibu.

Dalam banyak-banyak tanda di atas ini, hanya nombor 1,2 dan 10 sahaja tanda yang paing jelas saya alami semasa mengandungkan anak pertama saya, Muhammad Ammar ūüôā

 

Alahan Semasa Mengandung Anak Perempuan

 

 tips mengurangkan alahan semasa mengandung (3)

 

Antara alahan semasa mengandung anak perempuan ialah :

  1. Perut anda bulat
  2. Anda mengalami¬†‚Äėmorning sickness‚Äô
  3. Sering mual pada menu yang beraroma tajam
  4. Wajah anda tidak berseri. Kata orang tua, anak ambil seri.
  5. Kulit anda lembut
  6. Rambut anda nipis dan tidak bermaya
  7. Punggung kelihatan lebih besar
  8. Anda mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
  9. Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
  10. Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
  11. Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
  12. Jika anda dokong bayi perempuan, bayi itu akan menangis
  13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut bergerak ke kiri dan ke kanan bermakna anda hamil anak perempuan.
  14. Sama seperti cara di atas, gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi perempuan.

 

Doa Hilangkan Alahan Semasa Mengandung

Secara spesifiknya, tidak ada doa yang di amalkan untuk menghilangkan loya alahan semasa mengandung. Tapi ibu boleh amalkan surah-surah amalan dan doa khusus untuk kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan agar semuanya di permudahkan Allah.

 

Surah-Surah Amalan Ketika Mengandung:

  1. Surah Al-Fatihah untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
  2. Surah Yusuf untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
  3. Surah Yaasin untuk ketenangan hati.
  4. Surah Luqman untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
  5. Surah Maryam untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat.
  6. Surah At-Taubah untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
  7. Surah Al-Hujurat untuk memperbanyakkan susu ibu.
  8. Surah Nahl ayat 78 untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

 

tips mengurangkan alahan semasa mengandung (4)

 

Tips Kurangkan Alahan Semasa Mengandung

 

Apabila memasuki fasa awal kehamilan, sesetengah ibu pasti akan mengalami alahan semasa mengandung. Disebabkan alahan ini sangat mengganggu aktiviti seharian, jadi saya ingin kongsikan beberapa tips untuk para ibu agar dapat mengurangkan alahan semasa mengandung yang boleh di amalkan bersama.

 

Antara tips yang boleh membantu ibu mengurangkan alahan semasa mengandung ialah :

  • Mindset sebelum mengandung.

Kadagkala ibu yang pertama kali mengandung berasa sangat lemah bila menghadapi alahan semasa mengandung disebabkan badan “tidak sedia” untuk mengawalnya. Tapi insyallah untuk kehamilan yang seterusnya, ibu perlu readykan mindset serta mental dan fizikal untuk menghadapi alahan yang akan berlaku semasa disahkan mengandung. Anggaplah ianya memori terindah sewaktu mengandung yang bukan semua ibu dapat merasainya!

 

  • Sediakan kudapan di tepi katil

Antara punca loya di awal pagi adalah kerana perut kita kosong semasa tidur malam menyebabkan kita berasa loya yang sangat teruk apabila bangun dari tidur. Sediakan biskut kering atau buah-buahan sebagai alas perut ketika kita bangun dari tidur untuk mengelakkan perut terlalu kosong.

 

  • Kenal pasti benda yang boleh membuatkan loya yang teruk

Semasa fasa kehamilan, banyak benda yang pelik-pelik menjadi sebab utama ibu merasa loya. Jadi kenalpasti dan jauhkan benda yang boleh membuatkan loya anda menjadi teruk. Sebagai contoh, minyak wangi, sabun basuh pinggan dan sebagainya kerana hidung ibu menjadi sangat sensitif apabila tengah mengandung.

 

  • Kurangkan makan makanan yang pedas

Bagi anda yang mengalami alahan seperti muntah-muntah, elakkan makan makanan yang pedas kerana ia boleh menyebabkan anda lebih rasa sakit apabila anda muntahkan kembali makanan yang pedas. Hanya ibu yang pernah merasainya pasti tahu bagaimana peritnya! hehe

 

  • Elakkan makan makanan yang masam atau jeruk

Makanan yang masam atau jeruk akan menyebabkan masalah gastrik. Memang ibu yang mengalami alahan akan memilih makana yang masam untuk menghilangkan loya, tapi pilihlah makanan yang tidak memudaratkan kandungan dan kesihatan anda. Dulu masa saya mengandung, saya kerap mengunyah Chewable Vitamin C oleh kerana rasanya yang sangat masam dan tidak memudaratkan untuk saya dan bayi dalam kandungan.

 

  • Makan supplemen yang dipercayai

Makan supplemen atau makanan tambahan sangat penting kepada semua terutama ibu yang mengandung. Tapi pastikan anda memilih supplemen yang dipercayai , selamat dan tidak memudaratkan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

 

Jangan pelik , kalau ada di kalangan ibu mengandung kekal cergas, aktif dan bertenaga kerana amalkan supplemen tambahan sedangkan anda berasa sangat lemah, mudah letih dan cepat rasa putus asa apabila menghadapi alahan semasa mengandung. Oleh itu, jangan terlalu berkira-kira untuk membeli supplemen tambahan untuk mempertingkatkan kualiti kesihatan anda terutama ketika mengandung!

 

Saya sangat mensyorkan anda untuk mencuba  Set Mengandung Shaklee , kerana set ini melengkapi kesemua pakej lengkap vitamin yang dapat membantu masalah-masalah yang biasa di hadapi oleh ibu mengandung seperti sembelit semasa mengandung.Hubungi saya 0145010786 untuk pertanyaan lanjut.

 

 

Untuk mengetahui lajut mengenai Tips Mengurangkan Alahan Semasa Mengandung

atau Cara Kurangkan Alahan Dengan Shaklee, boleh terus

hubungi saya ,

Dieyla Pengedar Shaklee Seremban 0145010786 sekarang!

 

Hanya pelanggan yang mendapat produk shaklee dengan saya sahaja

akan dibimbing dengan pakar nutrisi dan doktor berpengalaman 21 tahun dalam shaklee.

 

Pengedar Shaklee Seremban dan Seluruh Malaysia

Leave a Comment