Simptom Gastrik Ulser dan Cara Merawat Agar Tidak Memudaratkan

Simptom gastrik ulser yang patut anda ambil tahu sekiranya anda seorang penghidap gastrik. Gastrik ulserĀ merupakan salah satu tanda anda mempunyai masalah gastrik yang serius.

 

Simptom gastrik ulser dan cara merawatnya

 

Gastrik ulser terjadi apabila berlaku pemecahan pada permukaan perut yang menyebabkan luka terbuka dan berdarah. Gastrik yang tidak di rawat dari awal boleh merosakkan lapisan perlindungan pada dinding perut yang seterusnya akan mengakibatkan pelbagai masalah yang serius. Jom ketahui punca-punca gastrik ulser.

 

Punca Gastik Ulser

 

simptom gastrik ulser dan cara merawatnya (1)

 

Ulser yang terjadi di dalam perut di panggil Gastrik Ulser. Terdapat beberapa punca gastrik ulser, antaranya :

 

  • Kandungan asid yang tinggi dalam perut
  • Makan makanan pedas
  • Tidak menjaga waktu makan
  • Kerap merokok
  • Pengambilan kopi dan kafein secara berlebihan
  • Tekanan (Stress)
  • Makan makanan yang masam/bercuka
  • Penyakit autoimun
  • Makan makanan berminyak
  • Jangkitan bakteria

Kajian terbaru menunjukkan punca utama gastrik ulser ini adalah disebabkan jangkitan bakteria yang bernama H. Pylori di dasar dinding perut. Bakteria ini secara tidak langsung boleh menyebabkan penipisan lapisan mukos dinding perut dan mendedahkanya kepada hakisan jus gastrik yang akhirnya menyebabkan ulser perut.

 

Kajian turut menunjukkan bahawa jangkitan bakteria ini boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghidap penyakit kanser perut pada masa hadapan. Baca lanjut di sini.

 

Simptom Gastrik Ulser

 

simptom gastrik ulser dan cara merawatnya (2)

 

Apa agaknya simptom yang menunjukkan anda menghidap gastrik ulser? Jom kita semak sama-sama.

 

  1. Rasa sakit di bahagian abdomen di atas perut
  2. Sakit dada akibat angin atau gas berlebihan dalam badan
  3. Muntah berdarah atau najis berdarah
  4. Pedih ulu hati
  5. Pening dan muntah

Ulser memberi maksud terdapat luka di perut dan biasanya dapat di kesan apabila berlaku muntah berdarah atau najis berdarah. Jika anda mengalami tanda seperti ini, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapat pengesahan.

 

Baca lanjut : Apa Kaitan Gastrik dan Sakit Dada?

 

Rawatan Gastrik Ulser

 

simptom gastrik ulser dan cara merawatnya (3)

 

Sekiranya anda sudah di sahkan mengalami gastrik ulser, anda perlu segera mendapatkan rawatan untuk mengelakkan perkara yang lebih serius berlaku. Antara rawatan untuk pesakit gastrik ulser ialah :

 

 

Rawatan Secara Klinikal

 

simptom gastrik ulser dan cara merawatnya (4)

 

 

Skop merupakan satu kaedah diagnos yang akan di masukkan satu tiub yang ada lampu untuk doktor pakar tengok apa keadaan permukaan dinding perut dan gastro usus. Caranya ialah dengan masukkan skop melalui mulut dan dengan cara ini kita boleh tengok keadaan perut dengan jelas.

 

Kebiasaannya pesakit gastrik ulser akan diberikan ubat seperti:

  • Antibiotik – disyorkan jika H plyori (sejenis bakteria) punca pencernaan terganggu
  • Ubat anti kemurungan – untuk elak kemurungan
  • H2 receptor antaginists -untuk mengurangkan asid perut
  • Proton pam inhibitors- untuk mengurangkan asid perut termasuk pedih ulu hati

Sumber : Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Perubataan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaya, Prof.Madya (K) Dr.Hamizah Razlan.

 

 

Rawatan Secara Tradisional

simptom gastrik ulser dan cara merawatnya (5)

  1. Jaga waktu makan dengan disiplin terutama waktu makan utama, sarapan, makan tengahari dan makan malam.
  2. Elakkan makan makanan masam dan makanan segera.
  3. Elakkan minuman berkafein dan bergas.
  4. Elakkan makan terlalu kenyang dan gelojoh.
  5. Elakkan makanan yang masam dan bercuka.
  6. Elakkan amalkan ubat-ubatan terutama ubat tahan sakit

Ini adalah antara rawatan semulajadi yang dapat mencegah gastrik menjadi lebih teruk. Pengambilan Set Gastrik Shaklee dengan cara makan yang betul juga sangat membantu gastrik hilang , seterusnya menyembuhkan luka di bahagian dalam perut.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut Simptom Gastrik Ulser dan Cara merawatnya atau

Bagaimana Set Gastrik Shaklee Dapat Membantu Gastrik Ulser

 

boleh terus hubungi saya, Dieyla Pengedar Shaklee Seremban 0145010786.

 

Whatsapp 0145010786 sekarang!

Hanya pelanggan yang membeli Produk Shaklee dari saya sahaja yang akan mendapat

bimbingan pakar nutrisi dan doktor berpengalaman 21 tahun dari team SuperStarzFamily.

 

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN.

 

 

 

1 thought on “Simptom Gastrik Ulser dan Cara Merawat Agar Tidak Memudaratkan

Leave a Comment