Punca Simpul Biawak Semasa Mengandung Yang Menggangu Ibu Hamil

Simpul biawak semasa mengandung atau dalam erti kata lain kejang otot adalah suatu keadaan yang sering di alami oleh wanita hamil. Simpul biawak semasa mengandung ini tidaklah merbahayakan ibu mengandung tetapi ia merupakan suatu petanda kekurangan kalsium dan magnesium dalam badan yang menyebabkan anda akan mengalaminya setiap kali kehamilan.

 

Punca Simpul Biawak Semasa Mengandung

 

Ramai ibu yang mengandung akan mengadu kejang kaki terutama pada waktu malam yang sebenarnya adalah merupakan simpul biawak semasa mengandung. Jom kita tengok apa sebenarnya simpul biawak ni.

 

Maksud Simpul Biawak

Punca Simpul Biawak Semasa Mengandung (1)

 

Simpul biawak semasa mengandung merupakan kekejangan otot akibat penguncupan otot secara tiba-tiba dan tidak boleh di kawal.Kebiasaannya apabila simpul biawak ini terjadi, ia akan berlaku secara tiba-tiba dan akan reda selepas beberapa minit.

 

Punca-Punca Simpul Biawak Semasa Mengandung

 

Punca Simpul Biawak Semasa Mengandung (2)

 

Menurut Dr.Zubaidi Ahmad , simpul biawak semasa mengandung ini selalunya di sebabkan oleh keletihan otot yang di gunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan.

 

Secara umumnya, “simpu biawak” atau “kejang otot” boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun ia lebih cenderung terkena kepada wanita hamil kerana rahim yang membesar akan memberi tekanan kepada pengaliran darah terutama di bahagian kaki.

 

Antara punca lain terjadinya simpul biawak semasa mengandung ialah:

  • Tekanan pada otot 

Pada trimester kedua dan ketiga terutamanya, kandungan yang semakin membesar boleh memberikan tekanan kepada otot dan menyebabkan otot kaki mengalami kekejangan.

 

  • Peredaran darah tidak lancar

Bahagian uterus yang mengalami pertambahan saiz boleh memberikan kesan kepada salur darah utama pada kaki ibu dan menyebabkan otot kaki mengalami kekejangan dengan mudah.

 

  • Kekurangan kalsium dan magnesium 

Kekurangan kalsium dan magnesium di dalam darah kerana ibu mengandung berkongsi mineral ini dengan bayi di dalam kandungan.Oleh itu, ibu mengandung perlu mengambil supplemen untuk menambah kekurangan nutrient tersebut.

 

  • Ketidakseimbangan garam galian atau mineral di dalam badan

Kekurangan ini berlaku kerana bayi di dalam kandungan mengambil apa yang diperlukannya dari simpanan badan ibu mengandung.

 

  • Aktiviti berdiri dan berjalan terlalu lama

Apabila kandungan semakin membesar, elakkan berdiri terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan otot kaki menjadi letih dan mudah berlaku kekejangan.

 

Cara Mengatasi Simpul Biawak Semasa Mengandung

 

Punca Simpul Biawak Semasa Mengandung (3)

 

Ramai wanita hamil mengalami simpul biawak semasa mengandung pada waktu malam terutama ketika sedang tidur. Hakikatnya simpul biawak semasa mengandung ini sangat menyakitkan bagi anda yang sering mengalaminya!

 

Sudah tentu anda akan usaha untuk mengatasi simpul biawak ini supaya kehamilan anda menjadi lebih menyeronokkan tanpa perlu menahan sakit setiap malam kerana simpul biawak ini.

 

Antara cara mengatasi simpul biawak semasa mengandung ialah:

 

1. Minum air secukupnya

Air sangat penting untuk diamalkan walaupun anda tidak mengandung. Air yang cukup dalam badan dapat mengelakkan badan daripada dehidrat seterusnya dapat mengelakkan kekejangan otot.

 

2.  Pakai stokin

Kebiasaannya simpul biawak semasa mengandung akan menyerang pada waktu malam disebabkan suhu persekitaran yang lebih sejuk.Pakai stokin boleh mengelakkan kaki mudah sejuk dan mengalami kekejangan.

 

3. Senaman regangan kaki

Ketika hamil, kadangkala pergerakan akan menjadi terbatas menyebabkan ibu hamil kurang melakukan pergerakan. Biasakan membuat senaman regangan kaki sebelum tidur untuk meregangkan otot-otot kaki.

 

4. Amalkan Pil Kalsium

Ibu yang mengandung akan mengalami kekurangan kalsium kerana berkongsi dengan bayi di dalam kandungan. Oleh sebab itu, ibu mengandung perlu mengambil pil kalsium bagi menambah kandungan kalsium di dalam badan.

 

Antara pil kalsium yang saya syorkan adalah OSTEMATRIX  SHAKLEE kerana ia mengandungi kalsium dan magnesium yang sangat penting untuk penyerapan kalsium dengan lebih baik. Saya sendiri amalkan sepanjang mengandung dan Alhamdulillah syukur saya tidak mengalami masalah lenguh kaki, sakit pinggang ataupun simpul biawak semasa mengandung.

 

Ostematrix Shaklee Berkesan Untuk Simpul Biawak Semasa Mengandung

 

Punca Simpul Biawak Semasa Mengandung (4)

Wanita hamil memerlukan sebanyak

1,200mg – 1,300mg kalsium sehari.

*4 biji ostematrix = 8 gelas susu bersamaan 1000mg

 

Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamens sementara magnesium diperlukan untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi. Kebanyakkan orang terlalu banyak ambil kalsium tapi tidak cukup magnesium.

 

Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthrtis.

 

Ostematrix shaklee termasuk dalam Set Mengandung Shaklee yang boleh anda amalkan sepanjang kehamilan untuk kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

 

Kelebihan Ostematrix Shaklee

  • Mengurangkan risiko kekejangan@ simpul biawak
  • Penting untuk pembekuan darah
  • Mengurangkan sakit belakang
  • Membantu mengelak sembelit
  • Mengantikan kalsium yang telah diserap oleh bayi
  • Mengurangkan kebas-kebas@sesemut
  • Mengurangkan risiko Osteoporosis

 

Baca lanjut : Risiko Keputihan Semasa Mengandung

 

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Punca Simpul Biawak Semasa Mengandung

atau Cara Atasi Simpul Biawak dengan Vitamin Shaklee

 

boleh terus hubungi saya,

Dieyla Pengedar Shaklee Seremban 0145010786

 

Hanya pelanggan yang mendapatkan produk shaklee dari saya

sahaja yang akan mendapat bimbingan dari pakar nutrisi dan doktor berpengalaman 21 tahun.

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN.

Leave a Comment