Pengalaman Menyusu Anak Pertama

Insyallah entry kali ini saya ingin kongsikan kepada anda mengenai pengalaman menyusu anak pertama saya , Muhammad Ammar. Alhamdulillah ,pertamanya saya bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan saya pengalaman yang sangat berharga ini iaitu pengalaman menyusu anak pertama saya yang kini sudah pon berusia 9 bulan dan insyallah saya berazam akan meneruskan penyusuan susu ibu kepada anak saya sehingga dia genap 2 tahun. Doakan ye 🙂

 

pengalaman menyusu

Pengalaman menyusu anak ini sudah pasti berbeza bagi setiap ibu. Cumanya perkara paling utama yang saya ingin kongsikan kepada anda sebagai ibu yang bakal menyusukan anak adalah anda mestilah menanam azam untuk menyusukan anak sejak dari awal kehamilan lagi supaya mindset tersebut memberikan signal kepada badan untuk bersedia dan sentiasa positif agar proses penyusuan menjadi lancar. Ini adalah salah satu cara yang saya lakukan apabila saya mendapat tahu saya hamil anak yang pertama.

 

Pengalaman Menyusu Anak Pertama

 

Pengalaman menyusu anak pertama ini sudah semestinya menjadi pengalaman yang sangat berharga bagi saya kerana dengan kehadiran anak pertama inilah saya banyak belajar mengenai penyusuan susu ibu. Saya yakin dan percaya ibu-ibu diluar sana juga sudah pasti memasang azam untuk menyusukan anak sehingga genap 2 tahun. Tapi macam biasalah ,sudah menjadi lumrah kehidupan dalam proses penyusuan juga sudah pasti ada masa-masa ibu mengalami masalah seperti kurang susu badan, anak taknak hisap dan sebagainya disebabkan beberapa faktor.

 

Alhamdulillah, sepanjang menyusukan anak pertama saya secara keseluruhannya saya tidak mengalami masalah yang besar. Apa yang saya boleh katakan, saya bersyukur Allah memberikan pengalaman menyusu anak pertama ini kerana saya dapat rasakan anak yang kita lahirkan dari rahim kita sendiri ini sangat memerlukan susu yang terbaik daripada ibunya sendiri.

 

Pengalaman Menyusu Anak Semasa Pantang

pengalaman menyusu 2

 

Anak pertama saya Muhammad Ammar dilahirkan pada 38 minggu (awal 10 hari dari tarikh due) secara normal. Alhamdulillah, selepas je bersalin saya dapat menyusukan anak saya secara direct. Walaupon pada mulanya saya tertanya-tanya dalam hati ,” eh ada ke susu aku ni? ”

sebab waktu itu saya rasa breast saya tak bengkak dan tak rasa penuh pon dengan susu. Tapi saya kuatkan semangat , saya bisik pada diri

” insyallah susu saya ada dan cukup untuk anak saya minum.” supaya mindset saya sentiasa berada dalam keadaan positif. Ini yang saya selalu buat supaya saya tak terlalu risau yang akhirnya membuatkan saya stress dan menjadi negatif.

 

Lepas je keluar dari hospital, saya pulang ke rumah dan terus berurut dengan makcik saya. Dia lakukan urutan breast untuk melancarkan pengeluaran susu. Masyallah , belum lagi habis rasa sakit selepas bersalin di tambah pula sakit kena urut kat bahagian tu. huhu. Memang sakit sangat tapi berbaloi. Lepas je urut , terus terasa susu mengisi sampai bengkak rasanya. Bengkak susu ini terjadi bila mana anak tak menyusu, kita akan rasa breast penuh dan keras apabila di sentuh.Alhamdulillah dengan izin Allah , antibodi saya kuat waktu itu ( mungkin asbab saya pengamal tegar vitamin c shaklee.hehe) sebab saya tak demam walaupon saya mengalami bengkak susu.Sesetengah ibu mesti demam sebab bengkak susu apabila antibodinya tidak kuat.

 

Memang nak katanya semasa dalam pantang , Alhamdulillah rezeki susu memang melimpah ruah sampaikan kalau anak tak menyusu , susu akan menitik sendiri sampai habis lencun baju. Kebetulan masa saya berpantang saya tidak bekerja, jadinya saya memang tak pam susu untuk buat stok susu. Saya menyusukan anak saya secara direct selama 6 bulan dan selepas itu saya membuat keputusan untuk bekerja. Sebenarnya, waktu dalam pantang adalah waktu terbaik untuk ibu nak kumpul stok susu tau!

 

Pengalaman Menyusu Anak Bagi Ibu Bekerja

pengalaman menyusu 3

 

Pengalaman menyusu anak bagi saya sebagai ibu yang bekerja sangat mencabar apabila anak saya menolak botol susu. Saya masih lagi menyusukan anak saya secara direct di sebelah malam, manakala di sebelah siang saya pam susu saya untuk dijadikan stok susu untuk diberikan kedpada anak saya sepanjang waktu saya bekerja. Cabaran untuk mengajar anak menghisap susu dalam botol sangat sukar apabila anak saya menolak botol dan seolah-olah dia langsung tak pandai hisap puting botol.(padahal masa dalam pantang , kemain laju menghisap.hehe)

 

Tapi saya tidaklah terlalu risau kerana saya membuat keputusan untuk bekerja pon setelah anak saya sudah boleh makan. Jadinya anak saya tidaklah bergantung 100% kepada susu ibu semata-mata. Apabila saya membaca info berkaitan berapa banyak susu yang diperlukan untuk usia anak saya ketika berada di rumah pengasuh saya rasa terkejut. Mana taknya , saya berusaha pam 4 kali sehari sepanjang waktu bekerja untuk mengumpul stok susu, tapi anak saya hanya minum susu tak sampai 5 oz sehari. Itupon menggunakan picagari(syringe) kerana waktu itu dia masih belum pandai menghisap botol. Takpelah janji dia dapat juga minum susu waktu itu saya sudah legaaa. 😀

 

Alhamdulillah, masuk je 8 bulan anak saya dah pandai hisap botol. Tak perlu dah bagi susu menggunakan picagari macam selalu. Sekarang pon masih lagi tak kuat menyusu dalam botol , paling banyak pon dia habiskan 2 botol susu berisi 5 oz sebotol.

 

Menjadi ibu yang menyusu anak ni sangat mencabar apatah lagi ibu yang bekerja. Tapi saya kuatkan azam nak menyusukan anak saya sehingga dia genap 2 tahun, insyallah saya tidak akan putus asa untuk membekalkan dia stok susu ibu sepanjang dia dijaga oleh pengasuh. Memang kadangkala saya juga terlepas waktu mengepam susu dek sibuk bekerja, tapi saya tetap juga akan pam untuk bawa balik stok susu.Walaupon terlupa, kadangkala secara automatik , breast akan bagi signal sendiri menandakan susu dah penuh dan perlu di pam keluar.

 

Itulah pengalaman menyusu anak pertama saya dan dalam masa yang sama saya juga bekerja.Buat ibu bekerja yang masih mahu meneruskan penyusuan susu ibu, jangan sesekali cepat putus asa. Ingat, susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak kita. Jadi, usahalah semampu ibu untuk memberikan susu yang terbaik ini kepada anak. Sekiranya ibu mengalami kurang susu badan , anda boleh mencari info di entry Kurang Susu Badan untuk membantu anda membanyakkan susu badan secara semulajadi.

 

Pengalaman Menyusu Anak Semasa Demam

pengalaman menyusu 4

 

Sejujurnya, saya tidak ada lagi pengalaman menyusu anak semasa demam. Alhamdulillah Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada saya kerana saya jarang sangat demam melainkan badan kurang sihat apabila saya terkena selsema atau batuk. Cuma pernah sekali , saya berasa pening kepala yang amat sangat kerana keletihan menyebabkan saya ingin tidur sepanjang hari.

 

Tapi bila memikirkan si kecil yang masih menyusu badan, sudah semestinya tidur kita pon akan terganggu kan? Sebab itu saya sentiasa amalkan supplemen Vitamin C shaklee untuk bantu kuatkan imun sistem saya. Seriusly, Vitamin C shaklee sangat membantu apabila saya terasa badan kurang sihat , saya akan pastikan saya ambil Vitamin C shaklee megadose untuk cepat sihat. Alhamdulillah dalam masa 2 hari dah sihat , syukur sangat sebab takdelah melarat sampai seminggu.

 

Susu badan saya masih lagi banyak dan cukup untuk anak saya walaupon saya tidak sihat, cuma kena pastikan  pengambilan air kosong mencukupi setiap hari ya. Saya sendiri akan ingatkan diri saya untuk minum air kosong sebanyak mungkin kerana susu ibu juga diperbuat dari air. Jadi , apabila ibu menyusu kurang minum air tak pelik lah kan kalau susu badan pon kurang.hehe

 

Pengalaman menyusu setiap orang sememangnya berbeza, saya kongsikan pengalaman saya menyusu anak pertama saya ini supaya dapat membantu ibu-ibu diluar sana berikhtiar dan mendapat semangat untuk teruskan penyusuan susu ibu terutama kepada ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tak lama lagi. Bagi ibu yang sentiasa berusaha memberikan susu ibu yang terbaik kepada anak, saya ucapkan TAHNIAH! Tak lupa juga kepada ibu-ibu yang tidak dapat menyusukan anak pertama , jangan putus asa, pasang lah azam untuk menyusukan anak yang kedua dan seterusnya. Jangan lupa mencari pelbagai info untuk membantu menjayakan proses menyusukan anak dan berdoa setiap kali solat supaya Allah mengurniakan rezeki susu ibu kepada anak-anak kita. InsyaAllah.

 

 

SET MENYUSU SHAKLEE

 

set menyusu shaklee 2

Bagi anda yang ingin ikhtiar untuk banyakkan susu badan agar anak dapat menyusu sehingga genap 2 tahun,

 yang inginkan susu pekat dan anak kenyang lebih lama,

dapatkan SET MENYUSU SHAKLEE ini sekarang dari saya DIEYLA,

Pengedar Shaklee Seremban dan Seluruh Malaysia.

 

Konsultasi cara makan berkesan akan diberikan setelah barang sampai kepada anda.

Jangan tunggu lama-lama, klik link ini sekarang untuk respon segera.

 

Hubungi : 0145010786 (whatsapp/call/sms)

COD : Sikamat, Paroi Jaya ,Ampangan, dan Sekitar Seremban

Poslaju : Seluruh Malaysia


pengedar shaklee seremban , malaysia

Leave a Comment