Definisi Apa Itu Gastrik dan Risikonya

Apa itu gastrik dan apa risiko yang akan terjadi jika gastrik dibiarkan tanpa apa-apa rawatan? Insyallah entry kali ini, anda akan ketahui tentang definisi apa itu gastrik serta risiko yang berkaitan.

 

definisi apa itu gastrik dan risikonya

 

Mungkin anda tertanya-tanya apa itu gastrik bagi anda yang tidak pernah mengalami masalah gastrik. Gastrik merupakan suatu keadaan yang berlaku disebabkan oleh asid hidroklorik (HCL) atau asid di dalam perut yang tidak stabil semasa proses pencernaan yang mana asid ini bersifat menghakis yang boleh mencederakan dinding perut.

 

Apa Itu Gastrik Gerd?

 

Definisi apa itu gastrik dan risikonya (1)

 

Apa itu gastrik yang disebut sebagai Gastroesophageal reflux disease (GERD)? GERD adalah keadaan apabila kandungan asid refluks dalam perut tertolak ke atas dan memasuki saluran esofagus atau kerongkong.Aliran songsang ini menyebabkan pedih hulu hati, ketidakselesaan di bahagian dada yang menular hingga ke kerongkong, mulut terasa masam dan loya.

 

Bagaimana Gastrik Gerd Terjadi?

Di dalam perut mengandungi asid yang membantu mencernakan makanan yang kita makan.Apabila asid ini naik ke esofagus, struktur dinding esofagus tidak mampu mengendalikan asid ini dan akan menyebabkan rasa terbakar yang dipanggil pedih hulu hati. Namun tidak semua yang mengalami pedih hulu hati ini adalah penghidap GERD , tetapi sekiranya keadaan ini berlaku lebih dari satu jam dan kerap, anda dinasihati untuk berjumpa doktor untuk diperiksa secepat mungkin.

 

Tanda-Tanda Gastrik Gerd

  • mual dan muntah
  • perut kembung atau angin
  • sesak nafas terutama ketika berbaring
  • sendawa kuat yang berlebihan
  • sakit dada

 

Apa Itu Gastrik Angin?

 

Definisi apa itu gastrik dan risikonya (2)

 

Apa itu gastrik angin? Gastrik angin biasanya terjadi kerana waktu makan yang tidak teratur dan kekerapan tidak mengambil sarapan pagi.Selain itu, tekanan emosi sehingga sukar tidur malam juga mengakibatkan perut menghasilkan asid berlebihan yang mana sangat biasa terjadi kepada golongan mahasiswa ataupun yang masih bergelar pelajar.

 

Jadi, jangan lupa ambil sarapan pagi ye sebelum ke memulakan hari anda. Berkemungkinan, gaya hidup yang diamalkan sekarang akan menjadi pengundang gastrik ini untuk tahun-tahun yang akan datang. Pastikan kita mencegah sebelum terlambat.

 

Tanda-Tanda Gastrik Angin

  • Badan lemah
  • Sakit perut dan rasa tidak hadam makanan
  • Pening kepala
  • muntah
  • Berat badan menurun
  • Najis berwarna hitam (sebati dengan darah)
  • Sakit di bahagian ulu hati
  • Sendawa dan kentut yang kerap
  • Mengalami masalah angin dalam badan

 

Risiko Gastrik Yang Teruk

 

definisi apa itu gastrik dan risikonya (3)

 

Setelah anda tahu apa itu gastrik, sudah pasti anda perlu tahu risiko gastrik yang teruk jika gastrik di biarkan begitu sahaja tanpa sebarang rawatan. Gastrik yang teruk boleh mengundang kepada ulser perut yang lebih kronik. Antara risiko gastrik yang teruk ialah :

 

  • Ulser perut yang kronik sehingga menyebabkan pendarahan pada dinding perut dan boleh mengakibatkan najis berwarna hitam serta muntah berdarah.
  • Pendarahan dinding perut yang tidak terkawal boleh mengakibatkan anemia atau pengsan akibat kekurangan darah.
  • Gastrik yang kronik menyumbang kepada kanser perut.

Baca sini (5 Punca Gastrik Teruk)

 

Nasihat Untuk Pesakit Gastrik

 

  • Elakkan makan secara gelojoh dan terlalu banyak untuk mengelakkan senak perut dan sebu.
  • Elakkan makan makanan yang pedas, berminyak , masam dan berempah.
  • Elakkan tidur selepas makan kerana boleh menimbulkan masalah penghadaman.
  • Elakkan makan sepanjang malam,seeloknya makan sebelum jam 9 malam.
  • Pastikan pengambilan air secukupnya.
  • Elakkan makan makanan yang tinggi kandungan gula seperti kuih, pencuci mulut dan minuman bergula.
  • Kurangkan pengambilan kafein.
  • Tidak merokok.
  • Pastikan lengkapkan pemakanan seimbang setiap hari.
  • Amalkan supplemen Set Gastrik Shaklee

 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Apa Itu Gastrik dan Risikonya atau

nak tahu Cara Elak Gastrik dengan Set Gastrik Shaklee

 

boleh terus hubungi saya Dieyla,Pengedar Shaklee Seremban 0145010786.

 

Whatsapp 0145010786 sekarang.

 

Hanya pelanggan yang membeli dari saya sahaja yang akan dapat bimbingan lanjut

dari pakar nutrisi dan doktor pengalaman 21 tahun.

PENGEDAR SHAKLEE SEREMBAN.

 

 

 

1 thought on “Definisi Apa Itu Gastrik dan Risikonya

Leave a Comment