Cara Membuat Stok Susu Ibu

Cara membuat stok susu ibu untuk ibu yang bekerja agar anak mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Stok susu ibu sangat penting terutama bagi ibu yang bekerja bagi meneruskan penyusuan dan memastikan anak mendapat susu ibu secukupnya di waktu ibu bekerja.Tahniah saya ucapkan kepada ibu yang masih meneruskan penyusuan anak sehingga 2 tahun walaupon sibuk bekerja.

 

stok susu ibu

 

Mungkin ramai di antara pembaca blog ini merupakan ibu bekerja yang setiap hari gigih mengepam susu di tempat kerja bagi memastikan stok susu ibu mencukupi keperluan untuk si anak. Tapi pernah kah kita terfikir kenapa kita sebagai ibu sanggup bersusah payah mencuri masa di waktu kerja untuk membuat stok susu ibu ? Sudah pasti susu ibu mengandungi khasiat yang tiada bandingnya dengan susu di dunia ini. Jom tengok apa khasiat susu ibu untuk anak.

 

Stok Susu Ibu Untuk Bayi. Apa Khasiatnya?

Khasiat  susu ibu sudah semestinya menjadi sebab utama bagi ibu bekerja yang ingin meneruskan penyusuan dengan membekalkan stok susu ibu kepada anak-anak di rumah pengasuh.

 

Tahukah anda?

Menyusukan anak adalah hak dan kewajipan seorang ibu menurut agama kerana ibulah yang lebih layak menyusukan anak-anaknya berbanding wanita lain. Dalam Alquran, Allah berfirman :

 

” Para ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap,iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan penyusuan itu.” (Al-Baqarah : 233)

 

Ini bermakna, khasiat susu ibu sangat banyak untuk anak yang dilahirkan dari rahim ibu itu sendiri. Allah yang Maha Hebat yang menciptakan susu ibu yang keluar dari badan ibu sendiri untuk di berikan kepada anak yang dilahirkan. MasyaAllah!

 

 

Antara khasiat susu ibu:

  1. Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi
  2. Susu ibu menguatkan sistem imun bayi dan melindungi bayi daripada pelbagai penyakit.
  3. Susu ibu mengandungi nutrien yang bagus untk perkembangan otak bayi.
  4. Susu ibu memberi keselesaan dan keselamatan emosi pada bayi.
  5. Memberi peluang untuk ibu dan anak berinteraksi dengan penuh kasih sayang.

 

Stok Susu Ibu Semasa Pantang

 

stok susu ibu 1

 

Tempoh berpantang adalah masa yang terbaik untuk membuat stok susu ibu. Hal ini kerana pada waktu berpantang pengeluaran susu sedang berjalan lancar dek kekerapan anak menghisap dan kadangkala akan menyebabkan ibu mengalami bengkak susu. Oleh itu, bagi ibu yang bekerja boleh lah mula mengumpul stok susu ibu untuk kegunaan di waktu bekerja nanti.

 

Mungkin sesetengah orang tidak mengalami susu yang meriah selepas melahirkan anak.Tapi jangan risau ye kerana ia adalah normal. Untuk melancarkan pengeluaran susu badan, anda boleh lakukan urutan di bahagian payudara dengan urutan yang betul supaya aliran susu menjadi lancar. Saya juga berpengalaman susu semakin meriah selepas melakukan urutan di payudara.

 

Stok Susu Ibu Di Tempat Kerja

 

Buat ibu yang baru sahaja melahirkan anak terutama ibu muda, mungkin anda tertanya-tanya bagaimana nak buat stok susu ibu di tempat kerja?

Saya juga mengalami situasi yang sama apabila saya mula bekerja selepas melahirkan anak yang pertama. Perkara paling penting untuk membuat stok susu ibu sebelum mula bekerja, anda mestilah menyediakan peralatan yang penting untuk mengumpul stok susu.

 

 

4 Peralatan Penting Untuk Buat Stok Susu.

stok susu ibu 2

 

  1. Beg untuk letak peralatan menyusu
  2. Pam susu untuk jeluarkan susu dengan cara mengepam payudara
  3. Bekas simpan susu untuk menyimpan susu yang telah dipam
  4.  Ice pack untuk membantu mengekalkan suhu susu sepanjang waktu bekerja ( bagi yang tiada peti ais di tempat kerja)

 

4 peralatan ini sangat penting untuk dibawa ke tempat kerja untuk memudahkan proses mengumpul stok susu ibu. Anda juga perlulah membuat jadual mengepam secara konsisten seperti waktu-waktu yang biasa anak menyusu untuk merangsang payudara mengeluarkan susu secara efektif.

 

stok susu ibu 3
Contoh Jadual Pam Susu Saya di Tempat Kerja

 

Mungkin anda boleh ubah waktu mengepam ikut keselesaan anda. Cuma pastikan anda mengepam secara konsisten pada waktu yang sama untuk merangsang payudara menghasilkan susu yang lebih banyak. Sekiranya anda terlepas waktu pam, teruskan pam susu pada waktu yang seterusnya.

 

Alhamdulillah,  saya sendiri konsisten mengepam di waktu bekerja mengikut jadual pam yang saya buat. Cara ini membolehkan saya mengumpul 12 oz susu (minimum) dengan 4 kali sesi mengepam kedua-kedua belah. Jadual pam ini penting untuk memastikan payudara dirangsang setiap 2 jam sekali bagi membantu penghasilan susu yang lebih banyak menggunakan Konsep Demand and Supply. Kebiasaannya setiap kali sesi mengepam, anda mungkin tidak akan dapat jumlah susu yang sama. Tapi itu tidak menjadi masalah asalkan susu masih keluar apabila di pam.

 

Stok Susu Ibu Untuk Pengasuh

 

Stok susu ibu untuk bekalan si anak apabila dihantar ke pengasuh nanti sudah pasti membuatkan ibu tertanya-tanya berapa botol susu yang perlu dibekalkan dalam sehari? Memandangkan selama ini anak anda hanya menghisap secara direct,  kemungkinan anda tidak tahu berapa banyak kuantiti susu yang anak perlukan.

stok susu ibu 4

Berapa kuantiti susu yang diperlukan oleh anak sebenarnya bergantung dengan usianya. Semakin meningkat usia, anak anda memerlukan lebih banyak susu ibu,

 

Usia bayi 0-1 bulan = 2 oz untuk setiap kali penyusuan ( 8x sehari)

Usia bayi 1-2 bulan = 3 oz untuk setiap kali penyusuan ( 7x sehari)

Usia bayi 2-4 bulan = 4 oz untuk setiap kali penyusuan ( 6x sehari)

Usia bayi 6 bulan ke atas = 5 oz setiap kali penyusuan (6x sehari)

 

Ini hanyalah anggaran untuk bayi yang menyusu susu ibu. Jujur saya katakan , anak saya hanya minum 5 oz susu sehari sepanjang waktu bekerja. Namun saya tidaklah terlalu risau sebab anak saya sudah boleh makan makanan lain dan masih menyusu kuat di waktu malam.Jadi , untuk ibu yang pertama kali ingin menghantar anak ke pengasuh boleh la cuba usaha untuk kumpul stok susu ibu mengikut keperluan usia bayi anda.

 

Cara Simpan Stok Susu Ibu

Cara simpan stok susu ibu ini perlu di ambil berat supaya susu ibu masih berada dalam kualiti yang baik sebelum diberikan kepada anak.Susu ibu yang sudah digunakan tidak boleh disimpan kembali dan susu yang sudah dipanaskan hendaklah dihabiskan dalam masa 4 jam.Kalau tidak habis, susu tersebut mestilah dibuang. Takde istilah sayang susu ya wahai ibu sekalian, kerana susu ibu ini mudah rosak jika tidak dijaga dengan betul. Nak berikan susu yang terbaik untuk anak mestilah ibu kena tahu cara penjagaan susu ibu.

 

  • Susu ibu yang disimpan di peti bawah hanya bertahan selama 2 minggu sahaja.
  • Susu ibu yang telah dibekukan di peti ais 2 pintu (freezer) boleh bertahan selama 3 bulan.
  • Susu ibu yang dah beku dan yang telah dicairkan mestilah dihabiskan dalam masa 24 jam.

Secara umum, ini adalah tempoh penjagaan susu ibu agar tidak rosak. Untuk membawa susu ibu ke pengasuh, anda hendaklah menggunakan beg yang berisi ice pack untuk mengekalkan suhu susu ibu tersebut sehingga ke rumah pengasuh. Sebaiknya , amalkan kaedah pam susu harini untuk bekalan hari esok supaya anak anda mendapat susu yang fresh berbanding susu yang telah dibekukan berbulan-bulan lamanya.

 

Anda mungkin berminat untuk tahu :

 

Bagi anda yang ingin ikhtiar untuk banyakkan susu badan, anda boleh amalkan

SET MENYUSU SHAKLEE yang terbukti dapat membantu

ramai ibu di luar sana menjayakan proses penyusuan.

yang penting usaha dan  kuat semangat yaa ibu-ibu 🙂

 

set menyusu shaklee

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ,

Dieyla Pengedar Shaklee Seremban untuk dapatkan SET MENYUSU SHAKLEE

dengan bimbingan pakar nutrisi dan doktor berpengalaman.

 

Hubungi : 0145010786 (whatsapp/call/sms)

COD : Sikamat, Paroi Jaya ,Ampangan, dan Sekitar Seremban

Poslaju : Seluruh Malaysia


pengedar shaklee seremban , malaysia

1 thought on “Cara Membuat Stok Susu Ibu

Leave a Comment