Cara Atasi Hb Rendah Semasa Mengandung

Cara atasi hb rendah semasa mengandung yang perlu di amalkan untuk keselamatan ibu dan bayi di dalam kandungan. Hb rendah semasa mengandung boleh menyebabkan risiko kematian bayi dalam kandungan.

 

Cara Atasi Hb Rendah Semasa Mengandung

 

Tidak di nafikan ramai wanita mempunyai masalah hb rendah semasa mengandung. Hal ini terjadi apabila kandungan semakin membesar menyebabkan semakin banyak sel darah merah yang di perlukan untuk di salurkan kepada bayi di dalam kandungan.

 

Punca-Punca Hb Rendah Semasa Mengandung

 

Cara Atasi Hb Rendah Semasa Mengandung (1)

Hb rendah semasa mengandung atau anemia sering berlaku kepada ibu mengandung. Anemia boleh di katakan suatu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah Hemoglobin ( Hb) di dalam darah berkurangan.

 

Jumlah hemoglobin yang normal bagi seorang wanita ialah 12-16 gram/dL, manakala bagi lelaki ialah 13.5-18.0 gram/dL.Tetapi bagi wanita yang mengandung,jumlah hemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL dan kebiasaanya jumla hemoglobin sebelum mengandung dan semasa mengandung akan berubah. Namun, jika jumlah hemoglobin adalah kurang daripada 10, ibu mengandung akan berisiko menghidap anemia.

 

Di awal kehamilan biasanya, bacaan hb masih berada di tahap yang normal tapi apabila masuk ke trimester kedua dan ketiga, bacaan hb mula merosot dan menjadi rendah. Antara punca Hb rendah semasa mengandung ialah :

 

  • Kekurangan zat besi akibat diet pemakanan yang tidak seimbang
  • Kelemahan penyerapan zat besi dalam tubuh
  • Faktor genetik seperti pembawa talasemia
  • Kekurangan vitamin B12 yang di perlukan untuk membentuk sel darah merah yang sihat
  • Kekurangan asid folik untuk menghasilkan sel-sel baru termasuk sel darah merah
  • Kehilangan banyak darah ketika hamil/haid
  • Pendarahan serius akibat ulser perut/buasir

 

Tanda-Tanda Hb Rendah Semasa Mengandung

 

Cara Atasi Hb Rendah Semasa Mengandung (2)

Banyak tanda-tanda yang boleh dikenalpasti sekiranya anda mempunyai hb rendah semasa mengandung . Antaranya ialah :

  • Rasa letih dan lemah
  • Kerap pening kepala
  • Kuku, bibir dan kulit pucat
  • Sukar bernafas
  • Sukar fokus
  • Denyutan jantung laju

 

Risiko Hb Rendah Semasa Mengandung

 

Tahu kah anda, hb rendah semasa mengandung boleh menyebabkan risiko kematian bayi dalam kandungan.Oleh sebab itu, ibu mengandung perlu memastikan dan berusaha untuk menaikkan bacaan hb supaya dapat mengurangkan risiko-risiko yang berkaitan.

 

Risiko Anemia Kepada Ibu :

  • Mudah mendapat jangkitan
  • Kemurungan/meroyan
  • Berlaku tumpah darah ketika bersalin
  • Mudah mendapat penyakit jantung
  • Kematian ibu

 

Risiko Anemia Kepada Bayi:

  • Kelahiran pra matang
  • Kekurangan berat badan ketika lahir
  • Tumbesaran bayi terbantut
  • Bayi mengalami kecacatan pada otak atau tulang belakang
  • Keguguran
  • Bayi meninggal dalam kandungan

 

Cara Atasi Hb Rendah Semasa Mengandung

 

Sudah pasti ibu yang mengandung mahu memastikan keadaan diri dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan yang selamat sehingga waktu melahirkan. Jadi, antara usaha yang boleh ibu lakukan untuk atasi masalah hb rendah semasa mengandung ini ialah :

 

1. Makan makanan yang kaya sumber zat besi.

Antara makanan yang kaya dengan sumber zat besi :

  • daging
  • hati
  • ayam
  • limpa
  • kerang
  • sotong
  • ikan bilis
  • sayur pegaga
  • pucuk paku
  • kangkung
  • bayam
  • kailan

Pastikan anda mengamalkan diet pemakanan seimbang yang lengkap dengan keperluan nutrisi dari sumber protein, karbohidrat, dan vitamin yang lengkap untuk kesihatan ibu dan bayi.

 

2.  Mengambil Supplemen yang di sarankan oleh doktor.

Selalunya di klinik kerajaan, ibu mengandung di bekalkan 4 jenis pil iaitu :

  • pil zat besi
  • pil asid folik
  • pil vitamin c
  • pil b compleks

Pastikan ibu konsisten makan untuk memastikan ibu mendapat nutrisi yang mencukupi. Jika tidak mahu ambi pil klinik, pastikan anda amalkan supplemen yang selamat untuk ibu mengandung seperti Set Mengandung Shaklee.

 

3. Elakkan minuman kafein/ makanan yang menghalang proses penyerapan zat besi

Terdapat beberapa makanan yang boleh menghalang proses penyerapan zat besi oleh tubuh. Antara contoh makanan tersebut ialah :

 

  • Kopi
  • Susu
  • Teh
  • Tauhu
  • Minuman Berkarbinat
  • Ubat Antacids
  • Daun Parsley

 

4. Amalkan Supplemen Untuk Naikkan Hb

Pengambilan Set Mengandung Shaklee membantu menaikkan bacaan hb untuk ibu mengandung. Ramai yang berpuas hati selepas mengamalkan set ini terutama bagi ibu yang sudah berusaha bermacam cara untuk menaikkan hb tapi masih tidak berjaya.

 

Cara Atasi Hb Rendah Semasa Mengandung (4)

 

Cara Atasi Hb Rendah Semasa Mengandung (5)

 

Baca lanjut : Tips Mengurangkan Alahan Semasa Mengandung

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cara Atasi Hb Rendah Semasa Mengandung

atau Set Mengandung Shaklee yang boleh membantu menaikkan bacaan hb

anda boleh terus hubungi saya, Dieyla Pengedar Shaklee Seremban 0145010786

 

Whatsapp 0145010786 sekarang!

Hanya pelanggan yang mendapatkan produk shaklee dengan saya sahaja

yang akan mendapat bimbingan dari pakar nutrisi dan doktor berpengalaman 21 tahun dalam shaklee.

 

Leave a Comment