Apa Itu Konsep Demand and Supply Dalam Penyusuan Susu Ibu?

Konsep demand and supply merupakan kunci penyusuan susu ibu yang sangat penting dalam perjalanan menyusukan anak. Apa itu konsep demand and supply dalam penyusuan susu ibu? Insyallah dalam entry ini saya akan terangkan kepada anda. Teruskan membaca ya! 🙂

konsep demand and supply

Sebagai ibu yang menyusukan anak, anda perlu tahu konsep demand and supply ini supaya dapat membantu anda merangsang pengeluaran susu secara semulajadi untuk keperluan anak anda.

 

Apa Itu Konsep Demand and Supply?

 

konsep demand and supply 1

Konsep Demand and Supply ialah Konsep permintaan dan bekalan. Bak kata orang putih “ The more demand, the more milk will be supplied“. Konsep ini sangat penting untuk ibu yang menyusu anak memahaminya.

Pengeluaran susu ibu sangat bergantung kepada permintaan bayi anda. Bahasa mudahnya , lagi kerap anak menyusu, lagi banyak penghasilan susu ibu.

Yang penting, dalam konsep demand and supply ini ialah berapa banyak susu yang bayi anda perlukan bukanlah berapa banyak susu yang ibu ada.

Jadi, yakinlah bahawa susu ibu yang dihasilkan oleh badan anda sendiri sangat cukup untuk anak anda yang sedang membesar.

 

Cara Mudah Untuk Amalkan Demand and Supply

konsep demand and supply 2

 

Ok, ada 3 cara mudah untuk amalkan konsep Demand and Supply :

 

1. Beri bayi menyusu mengikut keperluan dan kehendak bayi secara direct feeding.

  • Susukan anak bila-bila masa yang dia mahukan. Walaupon kadangkala mungkin setengah jam sekali bayi ingin menyusu (terutama bayi kecil).Tidak perlu aturkan masa untuk bayi menyusu. Dan jangan sesekali memberikan susu formula apabila bayi menangis. Hal ini kerana, susu yang terhasil dalam payudara tidak akan digunakan.Keadaan ini memberi isyarat tiada demand jadi untuk apa susu baru dihasilkan jika tidak digunakan. Begitulah cara otak kita berfikir dan memberikan signal kepada badan untuk hasilkan susu ibu.

 

2. Apabila ibu tidak bersama bayi (contoh sewaktu bekerja) , susu perlu diperah.

  • Demand susu akan terhasil apabila payudara dikosongkan ( direct feeding atau susu diperah).Sebaik-baiknya jangan biarkan payudara tidak diperah selama 3 jam. Misal kata anda bekerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang, buat jadual mengepam susu secara konsisten untuk merangsang pengeluaran susu. Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak perah.Anda boleh mengepam 3 kali sepanjang waktu bekerja mungkin pada jam 10 pagi, 1 petang dan 4 petang. Kalau anda terskip waktu mengepam, teruskan aje mengepam pada waktu anda teringat , tak perlu tunggu untuk sesi seterusnya.

 

3. Pastikan waktu perahan susu tidak melebihi 3 jam untuk satu sesi dan tempoh memerah sekadar 20-30 minit sudah memadai.

  • Kekerapan memerah susu adalah perlu untuk sentiasa mengosongkan payudara supaya konsep demand and supply ini berlangsung. Seelok-eloknya untuk satu sesi mengepam susu cukup sekadar dalam masa 20-30 minit. Tak perlu sampai berjam-jam kerana di khuatiri akan menyakitkan nipple ibu. Lebih kerap anda mengepam lebih bagus berbanding anda pam dalam tempoh yang lama untuk satu sesi.]

 

Mudahkan?

 

Apabila ibu menyusu fahami konsep demand and supply ini, anda tak perlu risau lagi tentang pengeluaran susu ibu. Insyallah perjalanan penyusuan akan menjadi lancar.

 

Yang penting anda kena bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyusukan anak tanpa had masa demi mencapai kejayaan dalam penyusuan susu ibu.

 

Konsep Demand and Supply Berkesan Ke?

 

konsep demand and supply 3

 

Yes! Sangat berkesan. Jika anda fahami konsep demand and supply dalam penyusuan susu ibu ini insyallah boleh dikatakan majoriti ibu menyusu pasti akan rasa kelainan dalam pengeluaran susu ibu.

 

Pasti tiada lagi keluhan yang keluar dari mulut ibu :

” susu kurang laaa…macam mana ni? “

” Susu sikit mesti tak cukup nak susukan anak..”

” Memang susu yang sikit, nak buat macam mana?”

” Saya tak sempat lah nak mengepam susu, nak buat macam mana? “

 

haa, ingat senang ke nak susukan anak? Sudah tentu ibu kena rajin dan banyakkan bersabar ya demi menjayakan proses penyusuan si anak. Yang paling penting mindset ibu kenalah sentiasa positif. Jangan ingat payudara lembik tu takde susu ye.

 

Ini pengalaman saya sendiri yang menyusu anak, pernah je rasa macam tu tapi bila perah dapat je 5oz! haaa, nampak kan? saiz payudara tidak melambangkan berapa banyak susu yang ada tapi konsep demand and supply ini sangat membantu jika anda memang amalkan insyallah anda boleh buat stok EBM tanpa susah hati.

 

Jangan terlalu terburu-buru untuk memberikan anak susu formula melainkan kes-kes tertentu.Cuba usaha sehabis upaya ibu agar dapat menyusukan anak dengan susu ibu kerana khasiat susu ibu yang Allah jadikan ini tiada tandingannya dengan susu yang lain.

 

Perlu Ke Supplemen Untuk Ibu Menyusu?

 

Haa, mungkin ada yang kata :

“Saya dah amalkan konsep demand and supply ni, perlu ke

ambil supplemen untuk banyakkan susu?”

konsep demand and supply 4

Sebenarnya, supplemen bukan sahaja hanya membantu anda banyakkan susu badan. Tapi supplemen membantu melengkapkan nutrisi yang tidak lengkap dalam pemakanan seharian kita. Biasalah kita bila dah sibuk bekerja dan menyusu anak kadangkala makan pon ala kadar je.

 

Sebab itu ,ibu menyusu sangat digalakkan untuk mengambil nutrisi yang mencukupi setiap hari agar dapat membantu tumbesaran si anak . Barulah susu yang dihasilkan nanti lebih berkualiti, pekat dan penuh dengan nutrisi. Seronok kan bila tengok susu badan kita pekat, anak minum pon kenyang dan tidur lena. 🙂

 

Selain itu, supplemen juga membantu ibu menyusu bertambah cergas. Saya faham sangat ibu menyusu ni sangat letih terutama ibu yang bekerja.Balik kerja terus menyusu anak secara direct tanpa rehat. Kat sini lah peranan supplemen membantu nutrisi dalam badan agar kita tak mudah letih, dan sentiasa bertenaga walaupon menyusu anak pada waktu malam.

 

Seriusly, besar pengorbanan ibu ni tau. Dari fasa mengandung, melahirkan anak dan diteruskan dengan menyusu anak, seorang ibu tidak pernah mendapat rehat yang cukup demi membesarkan seorang anak.

 

Moga segala usaha kita menjadi ibu yang kuat dan tabah ini menjadi saham untuk wanita bergelar ibu ke syurga nanti. Aminn.

 

Supplemen Untuk Ibu Menyusu

 

Bagi ibu menyusu yang rasa badan kurang tenaga, dan selalu stress, saya sangat-sangat galakkan untuk anda mengambil supplemen agar pengeluaran susu tidak terganggu.

 

Saya sendiri mengamalkan Supplemen untuk ibu menyusu iaitu Set Menyusu Shaklee. Saya sangat gembira dapat susukan anak saya dengan mudah dan tenang dengan izin Allah.Selain itu, Set Menyusu Shaklee ini sangat membantu saya dari segi tenaga kerana saya seorang ibu yang bekerja dan juga aktif beraktivis.Sudah tentu saya memerlukan tenaga extra agar badan saya tidak letih walaupon saya menyusu anak di waktu malam.

 

set menyusu shaklee 8

 

Dengan Set Menyusu Shaklee ini, Alhamdulillah sepanjang menyusukan anak saya tidak pernah lagi mengalami masalah sakit pinggang dan lenguh apabila menyusukan anak. Saya jamin keberkesanannya kerana saya sendiri sudah merasainya sendiri!

 

Anda bila lagi?

baca : Cara Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin

 Bagaimana nak dapatkan SET MENYUSU SHAKLEE ini?

Jangan tunggu lama-lama, klik link ini sekarang untuk respon segera.

Konsultasi cara makan berkesan akan diberikan setelah barang sampai kepada anda.

Hubungi : 0145010786 (whatsapp/call/sms)

COD : Sikamat, Paroi Jaya ,Ampangan, dan Sekitar Seremban

POSLAJU : Seluruh Malaysia

 

pengedar shaklee seremban , malaysia

1 thought on “Apa Itu Konsep Demand and Supply Dalam Penyusuan Susu Ibu?

Leave a Comment